Monday, 9 February 2009

F.A.Q.s AGENT MYMODE

Soalan-soalan Lazim Dari Agen Mymode (Agen VIP prepaid4u)

1. Apakah yang saya perlu lakukan setelah menjadi ahli?

Anda perlu login ke http://www.mymode.com.my/ dengan menggunakan :
Mobile No: (Nombor telefon bimbit anda yang anda gunakan dalam pendaftaran)
Password: (Nombor PIN empat angka yang diberi oleh MyMode melalui SMS)
Kemudian pergi ke bahagian 'Edit Profile' untuk mengemaskini maklumat mengenai diri anda seperti nama, alamat, no telefon, akaun bank untuk pembayaran bonus dan sebagainya.

Download Starterkit Lengkap Mymode beserta arahan bergambar tentang cara-cara untuk menjalankan perniagaan mymode dengan berkesan. Terdapat juga tips-tips, simulation pengiraan bonus, pelan pemasaran dan lain-lain lagi. Perlu di ingat, Starterkit ini hanya diberikan kepada Agent Mymode yang berdaftar dibawah group kami sahaja. Anda tidak berhak menuntut StarterKit ini sekiranya yang telah mendaftar sebagai Agent Mymode dengan group lain kerana ini bukan disediakan oleh syarikat sebaliknya inisiatif kami sendiri untuk mengembangkan downline kami.

2. Mengapakah perlu membayar yuran keahlian (RM65) tersebut ke akaun bank penaja dan bukannya kepada Syarikat Asia Mobile Commerce?

Sama seperti mana-mana perniagaan MLM yang lain, setiap agent baru memerlukan penaja/upline. Hanya Agent Mymode yang telah berdaftar sahaja boleh mendaftarkan anda. Pendaftaran dilakukan hanya dengan menggunakan arahan SMS ke server gateway Mymode yang beroperasi 24 jam. Pihak syarikat akan memotong kos yuran pendaftaran sebanyak RM65 tersebut secara automatik dari credit Mymode penaja tadi. Kerana itu yuran keahlian anda perlu dibayar kepada beliau.Kami telah membangunkan satu sistem berangkai untuk memantau keahlian baru yang berdaftar dengan kami. Setiap click dari referral ID web replika anda akan disimpan kedalam cache komputer berkenaan selama 2 minggu. Dan sekiranya pelawat memasuki website Prepaid4U tanpa penaja/referral, sistem kami secara automatik akan memilih salah seorang ahli untuk dijadikan penaja beliau secara rawak (random). Jadi dengan menyertai group kami kemungkinan untuk anda mendapat downline amat tinggi!!

3. Adakah saya perlu membuka akaun Maybank untuk berurus niaga dengan syarikat?

Tidak, anda boleh menggunakan akaun bank sedia ada. Jika anda tidak mempunyai akaun bank, maka anda perlulah membuka akaun bank baru di mana-mana bank yang anda suka. Dan urusan dengan syarikat masih boleh dibuat dengan menggunakan ATM Machine. Kelebihan kepada pemegang kad ATN Maybank Kawanku, kerana menu untuk menambah prepaid Mymode telah dimasukkan kedalam sistem ATM berkenaan. Maklumat akaun bank anda boleh di masukkan ke dalam akaun MyMode anda dengan login ke http://www.mymode.com.my/. Bank akaun diperlukan untuk tujuan pemindahan prepaid point dari akaun MyMode ke dalam akaun bank anda dalam bentuk wang tunai.

4. Apakah produk-produk yang boleh saya jual?

Anda boleh menjual produk mudah-alih MyMode tanpa perlu membuka rumah-kedai dan menyimpan stok. Produk yang ditawarkan adalah:Kad-kad prepaid seperti Maxis, Celcom, TMTouch dan kad-kad reload, kad IDD/STD, Topup Jaring, Tmnet Prepaid, dan bermacam lagi. Barangan yang akan ditawarkan dalam fasa 2 dan 3 ialah Prepaid bil APi/Air, MiTV Prepaid, Mobile Auction, Mobile Finder, Mobile Chat dan SMSTV. Sila rujuk bahagian Produk untuk senarai produk yang boleh anda jual.

5. Bagaimanakah pembelian dan penghantaran produk dilakukan?

Pembelian dan penghantaran semuanya dilakukan melalui arahan SMS. Anda boleh menhantar arahan SMS pada bila-bila masa ke server Gateway Mymode yang beroperasi 24/7. Anda akan mendapat nombor PIN Top-Up 14 digit yang kebiasaannya terdapat pada kad guris prepaid topup dalam bentuk SMS juga samada ke Handphone anda atau ke Handphone pelanggan berdasarkan arahan SMS yang anda masukkan. Sila rujuk kepada bahagian Arahan SMS untuk keterangan lebih lanjut. Jika tidak ada kesesakan atau gangguan talian, penghantaran produk melalui SMS dilakukan hanya dalam 10 ke 30 saat!

6. Berapakah harga prepaid yang dikenakan bagi mereka yang telah menjadi Agent Mymode?

Anda tetap akan dikenakan harga pasaran. Contohnya jika anda membeli prepaid Maxis RM60, company tetap menolak RM60 daripada credit Mymode anda. Bezanya setiap produk ini tadi mempunya nilai PV masing-masing. Sebagai contoh, PV bagi prepaid Top-Up Maxis 60 adalah sebanyak RM3.30. Jumlah inilah yang akan dikumpulkan dan dikembalikan semula kedalam credit mymode anda dalam bentuk bonus pada setiap minggu mengikut pengiraan tertentu sepertimana yang terdapat dalam Pelan Pemasaran Mymode. Sila rujuk bahagian Untung Runcit untuk keterangan lanjut.

7. Apakah yang saya perlu jika saya hendak reload telefon bimbit saya, rakan saya atau pelanggan saya?

Pastikan baki mata prepaid dalam akaun MyMode anda mencukupi. Setiap kali anda menghantar arahan SMS kepada MyMode untuk reload, jumlah yang anda reload (harga kad prepaid yang anda ingin beli) akan ditolak dari baki akaun MyMode anda (bukan akaun bank atau credit prepaid handphone). Dalam masa yang sama, anda akan mendapat komisen hasil daripada pembelian ini yang dimasukkan terus ke dalam akaun MyMode anda pada setiap minggu. Untuk menambah nilai dalam akaun MyMode anda sila rujuk soalan 13 dibawah. Anda perlu menghantar tempahan melalui arahan SMS seperti berikut:

Arahan SMS: noPINanda<>kod produk<>kuantiti.

Contoh untuk membeli 2 keping prepaid Maxis30: 1234 1 2.

Dan hantar ke: 0123033076 atau 0173660800 atau 0196933199 atau mana-mana gateway mymode.

Untuk kod produk, sila rujuk kepada bahagian Produk . Setelah menghantar arahan ini, anda akan menerima jawapan dari MyMode beserta no PIN Top-up dan arahan bagaimana untuk menambah nilai kredit telefon bimbit berkenaan.

8. Bagaimanakah cara pelanggan saya membayar saya jika mereka ingin top up telefon bimbit mereka melalui saya?

Mereka boleh membayar secara tunai kepada anda atau mereka boleh bank in ke akaun bank anda (bukan akaun MyMode) atau apa saja cara asalkan anda menerima wang tersebut. Secara tidak langsung anda tidak perlu pasal bonus yang diberi dalam bentuk credit Mymode kerana urus niaga kita dengan customer adalah secara tunai.

9. Apakah yang saya perlu jika saya ingin menaja Agent baru?

Untuk menaja anda hanya perlu menghantar arahan SMS kepada MyMode. Sila rujuk bahagian Arahan SMS untuk keterangan lanjut. Sebelum menaja pastikan baki mata prepaid dalam akaun MyMode anda mencukupi. Ini kerana setiap kali anda menaja, RM65 akan ditolak dari baki akaun MyMode anda. Jadi tajaan anda perlu membayar RM65 kepada anda dahulu dan anda masukkan jumlah ini kedalam akaun MyMode anda. Ejen baru akan mendapat nombor PIN dari MyMode melalui SMS dan penyata baki RM11, tertera dalam akaun MyMode ejen baru untuk modal permulaan. Anda juga mendapat komisen penajaan sebanyak RM10.00 yang akan di masukkan terus kedalam akaun Mymode anda.

10. Jika saya tidak mempunyai downline atau tidak menaja, adakah saya tidak akan mendapat apa-apa bonus?

Anda masih mendapat bonus melalui penggunaan sendiri dan penjualan prepaid. Tetapi jika anda ingin mendapatkan pendapatan hingga ribuan ringgit, anda perlu menaja. Lebih ramai downline anda lebih besarlah ganjaran kewangan yang anda terima. Dengan downline yang ramai akan menerima pelbagai bonus seperti Personel Retail Discount, Overriding Bonus, Unilevel Bonus, CM Club Bonus, mobilpreneur incentive, leadership incentive dan banyak lagi.Untuk mendapat pulangan yang lumayan sebenarnya tidaklah terletak kepada berapa banyak anda mampu jual atau berapa banyak prepaid yang anda gunakan. Kerana keuntungan jualan runcit samalah seperti anda menjual nasi lemak di pasar malam (single Level Marketing). Kunci kepada pulangan dan pendapatan bonus bulanan sehingga 4 ke 5 angka adalah terletak kepada tajaan. Ini kerana keuntungan runcit tadi apabila ditambah dengan elaun tajaan, digandakan pula dengan bonus star CM, dikala itu anda tidak perlu lagi bersusah-susah di pejabat. Sebaliknya hanya goyang kaki dirumah. Jadi fikirkanlah samada anda telah cukup selesa dengan keadaan anda sekarang!

11. Bilakah pemberian komisen dan bonus kepada para ejen dilakukan?

MyMode akan membayar komisen dan bonus setiap hari Khamis. Ini bermakna pembayaran dilakukan 4 kali dalam sebulan. Walaupun bonus ini diberikan dalam bentuk credit Mymode, namun anda juga boleh mengluarkan wang tersebut dengan menghantar SMS untuk meng-CASH kan bonus berkenaan ke akaun bank anda. Pastikan maklumat akaun bank anda dikemaskini dan tepat. Sila login ke ruangan ahli di portal rasmi MyMode di :
Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

12. Bagaimanakah pembayaran bonus dilakukan?

Adakah hanya dalam bentuk credit prepaid atau boleh di CASH kan?Bonus diberikan dalam bentuk credit Mymode (MyP). Anda boleh menggunakan credit ini untuk tujuan pembelian Kad Prepaid atau untuk tujuan pendaftaran ahli baru. Dengan urus niaga tunai dengan pelanggan simboliknya bonus tadi akan menjadi wang tunai juga ke tangan anda. Walau bagaimanapun sekiranya nilai ini terlalu banyak contohnya bonus mingguan anda telah mencecah 3-4 ratus seminggu, anda juga boleh mengluarkan wang tersebut dengan menghantar SMS untuk meng-CASH kan bonus berkenaan ke akaun bank anda.

13. Bagaimanakah cara untuk memasukkan wang ke dalam akaun MyMode saya untuk dijadikan modal rolling?

Masukkan wang ke akaun bank syarikat MyMode:Bank: MayBank Berhad Nama: ASIA MOBILE COMMERCE PRIVILEGE (M) SDN BHD No akaun: 564052403623
Hantar arahan SMS ini untuk memberi tahu MyMode:

Arahan SMS: NOPIN<>bank<>mbb<>tarikh<>masa<>jumlah yang dimasukkan (tanpa perkataan 'RM')

Contoh: 1234 bank mbb 0101 143209 500 dan hantar ke: 0123033076 atau 0173660800 atau 0196933199 atau mana-mana gateway mymode.

Nota: Format tarikh (HHBB) dimana H - hari, B - bulan. Format masa 24jam (jjmmss) dimana j - jam, m - minit, s - saat.

Sekiranya anda menggunakan Cash Deposit, Waktu yang ditunjukkan pada resit hanya Jam:Minit maka anda terpaksa menambahkan 00 dibelakangnya untuk bacaan saat.

Contoh bacaan pada resit 14:24 (pukul 2:24 petang) Isikan seperti ini: 142400.
Untuk arahan-arahan SMS yang lain sila rujuk ke bahagian Agent.

Nota: - Berkuatkuasa mulai 1 Oktober 2005, jumlah minimum yang dibenarkan untuk topup akaun MyMode ialah RM50 bagi satu-satu masa. Berkuatkuasa April 2006, Fungsi menambah nilai kredit Mymode telah terdapat dalam service ATM Machine Maybank Kawanku. Jangan masukkan wang ke akaun MyMode jika anda BELUM menjadi Agen!

14. Bagaimanakah untuk mengeluarkan prepaid point (wang) dari akaun MyMode saya ke akaun Bank saya?

Bonus dan komisen anda dikira setiap hujung minggu dan dimasukkan terus ke akaun Mymode anda dalam bentuk 'Prepaid Point(MyP)' (1 Prepaid Point(MyP) = RM1.00). Anda boleh mengeluarkan bonus dan komisen terkumpul anda dengan menghantar arahan SMS berikut:

Arahan SMS: No_PIN_anda<>cash<>jumlah_yg_dikeluarkan( tanpa perkataan 'RM')

Contoh: 1234 cash 1000 Hantar ke: 0123033076 atau 0173660800 atau 0196933199 atau mana-mana gateway mymode.

Setelah arahan anda diterima, jumlah tersebut akan dipindahkan ke akaun bank yang anda telah sediakan dalam profile anda. Jadi pastikan maklumat bank anda adalah tepat.

*Setiap pemindahan wang dari akaun MyMode anda ke akaun bank anda, akan dikenakan bayaran sebanyak RM2 sebagai kos perkhidmatan. Jumlah ini akan ditolak terus dari jumlah yang anda keluarkan. Anda akan diberitahu melalui SMS selepas wang tersebut masuk ke dalam akaun bank anda.

15. Saya terlupa No PIN Mymode saya. Apa yang harus saya lakukan?

Untuk mendapatkan nombor PIN anda semula, anda perlu bantuan dari penaja anda kerana dia boleh menggunakan telefon bimbitnya untuk menghantar arahan SMS kepada MyMode supaya menghantar no PIN anda itu melalui SMS kepada telefon bimbit anda.
Arahannya: PIN<>pin<>to<>NoHP_downline_yg_lupa_pin.
Contoh: 1234 pin to 012345678** Arahan diatas hanya boleh dilakukan oleh Direct Upline Mymode anda sahaja. Jika anda tak tahu siapa Direct Upline Mymode anda, sila hubungi pihak syarikat.

16. Apakah prepaid Points (MyP)?

Prepaid Points atau MyP merupakan sistem pembayaran yang ditawarkan kepada ejen MyMode. Para ejen boleh mengumpul dan menggunakan MyP untuk membeli produk-produk MyMode secara online dan melalui SMS tanpa menggunakan wang tunai atau kad kredit. Setiap kali anda menerima komisen atau bonus, anda akan dibayar dalam bentuk MyP. MyP dikumpul didalam akaun MyMode anda yang boleh dipindahkan ke akaun bank yang anda tetapkan. Anda juga boleh menambah nilai MyP anda dengan memasukkan wang ke akaun syarikat. Sila rujuk soalan 13 untuk keterangan lanjut. 1 MyP bersamaan dengan RM1.

17. Telefon bimbit saya kehabisan kredit, bolehkah saya menggunakan telefon lain kerana saya tetap menggunakan PIN yang sama dalam arahan SMS saya kepada MyMode?

Tidak boleh. Anda perlu menggunakan telefon bimbit yang telah didaftarkan dengan MyMode. Jadi anda perlu tambah nilai telefon bimbit yang kehabisan kredit itu sebelum anda boleh berurusan dengan MyMode.

18. Berapa lamakah saya perlu tunggu jawapan dari MyMode apabila menghantar arahan SMS?

Jika tidak berlaku kesesakan talian, anda akan menerima jawapan SMS daripada MyMode hanya dalam beberapa saat dan tidak lebih dari seminit.

19. Saya merupakan Agent Mymode sebelum ini. Bagaimana untuk saya mendapatkan keahlian di Prepaid4U.Net?

Maaf, Kami membangunkan script ini hanya untuk kegunaan Agent Mymode yang berdaftar dibawah Group Prepaid4U sahaja. Sekiranya anda tetap menginginkan service ini, maka kami menyarankan anda supaya mendaftar semula dengan kami dengan menggunakan no HP yang baru.

20. Saya merupakan Agent Mymode sebelum ini. Bolehkan saya mendaftar semula dengan menggunakan nombor yang sama? Atau bagaimana jika saya ingin memindahkan keahlian lama saya ke nombor lain supaya saya dapat gunakan nombor HP ini untuk berdaftar sebagai downline Prepaid4U.Net?

Tidak boleh. Satu no HP hanya boleh didaftarkan untuk satu akaun Mymode sahaja. Memandangkan keahlian mymode adalah seumur hidup, maka ia tidak boleh didaftarkan semula. Jika anda tetap ingin menggunakan nombor lama untuk mendaftar semula dengan kami, pertama anda perlu mengisi borang pertukaran nombor telefon untuk memindahkan keahlian lama anda ke nombor yang lain dari ruangan ahli portal rasmi Mymode dan kemudian fax kepada pihak syarikat.Setelah proses tersebut selesai barulah nombor lama anda boleh didaftarkan semula

21. Bagaimanakan cara untuk berjaya dalam program ini?

Terdapat tiga cara utama untuk berjaya dalam MyMode iaitu melalui:Mengguna Produk Anda boleh menggunakan produk MyMode sendiri dengan menambah nilai (top up) telefon bimbit anda. Dengan cara ini, anda akan mendapat komisen, bukan tuan punya kedai.MenjualPendapatan anda akan bertambah apabila anda menjual produk MyMode kepada orang lain. Mereka akan top up telefon bimbit mereka melalui anda, bukan lagi kedai telefon dan anda akan mendapat komisen . Menaja (recommended) Menaja ejen baru merupakan satu-satu cara yang membolehkan anda melipat-gandakan pendapatan anda. Perniagaan berkonsep MLM ini akan membolehkan anda memperolehi pendapatan sehingga ribuan ringgit melalui penajaan. Ini kerana anda mendapat komisen bagi setiap produk yang dijual atau setiap penajaan yang dilakukan oleh anda dan ejen dibawah anda.

22. Saya ada soalan yang tidak dijawab disini.

Sila masuk keruangan FORUM melalui web prepaid4u anda yang telah kami sediakan untuk bertanyakan masalah tersebut.

BELUM MENDAFTAR LAGI?KLIK BANNER DI BAWAH UNTUK PENDAFTARAN PERCUMA!
Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH